MAKLUMAN TERKINI

Wednesday, 22 February 2012

LARIAN KECERGASAN

TARIKH: 22.2.12/29 RABIULAWAL 1433H (RABU)
MASA: 07.45 PAGI

Alhamdulillah, hari ni telah berlangsungnya satu program berkembar-Larian Kecergasan & Sambutan Maulidur Rasul 1433H. Acara bermula dengan Senaman Pagi/ Aerobik di bawah pimpinan En. Mohd Faizul Hafizi sebelum bermulanya larian sebenar.Murid dibahagikan mengikut kategori iaitu Tahap 1 (Lelaki & Perempuan ), Tahap 2 (Lelaki & Perempuan) serta PPKI. Cuaca sangat baik dan nyaman, mungkin masih awal pagi. Murid-murid juga kelihatan sangat riang dan bersemangat untuk berlari. Alhamdulillah, tiada sebarang kecederaan dilaporkan mungkin berkat latihan berulang-kali, murid-murid sudah berstamina untuk bertanding. Masing-masing sangat bergaya dengan baju sukan masing-masing. Terima kasih kepada unit kokurikulum dan semua guru yang menjayakan program ini. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!


sedia..ke garisan...
poco-poco..

sepanduk yang awesome..thanks to cikgu wan

team murid-murid khas integrasi bersama guru-guru

1, 2,3 lariiiii..

boss PPKI- cikgu Din
adehh penatnye bawa botol air ni..
tunggu..jangan lari laju sangat..huukk
okay, kami dah penat, nak jalan pulak
yeay, kami yang last, theeee..

sikit lagi..sikit lagi..hiyaaaakk..
yeay dapat nombor!!
nombor dah habis? cuba lagi tahun depan ok
kami follow dengan bicycle je..hee

tahniah Syahmi!
tahniah Khairi!
yeay, bestnye hadiah ni!!
eh.. tengok ada hadiah lagi ke dalam bakul ni?
sian cikgu Ida duduk atas kerusi PRamlee je..
 yeay! dah tamat tunggu penyampaian hadiah pula lepas ni..yippie!!

Sunday, 19 February 2012

MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS, PENGAWAS PSS, KETUA DARJAH, DAN PENOLONG KETUA DARJAH

TEMPAT: DATARAN SKNT
TARIKH: 19.02.2012
MASA: 8.00 PAGI

Wajah ceria anak-anak SKNT

Semua khusyuk dengar ucapan..

Cikgu Roy, teacher deey, cikgu ida & teacher zee

cikgu joe: "dengar2 jangan bercakap!!"
dengan ini saya merasmikan..
suara saya serak2 basah hari ni : teacher zee
adehh.. bila nak habis ni..sakit perut plak ha..
amboii segaknye..
jangan pandang bawah..

terima kasih sarjan!
Nasrul, klik!
Nizam dan Aliff, klik!
terima kasih tuan!
Kami berikrar....
ap! ap!
menjeling-menjeling ku bertentang..ecehh..
steady encik Rizal!
Badan Pengawas SKNT
bersama guru-guru tercinta
Polis sekolah
Orang kuat badan disiplin
En. Md Rejab, En. Baharom, En. Rizal, Sarjan Mejar Nasuha, dan Pn. Rohana


Alhamdulillah, pagi ini (19 Februari 2012) telah berlangsungnya satu majlis penyampaian watikah perlantikan pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pengawas spbt, ketua-ketua kelas dan penolong-penolong ketua kelas SKNT. Majlis bermula seawal pukul 8.00 pagi dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Terengganu. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh yang berusaha Pn. Rohana bt. Abd. Rahim, selaku Guru Besar SKNT diikuti dengan ucapan Yang Dipertua PIBG, En. Baharom. Majlis kemudian dirasmikan oleh Sarjan Mejar Nasuha, dari Balai Polis Jerteh seterusnya menyampaikan watikah perlantikan kepada murid-murid yang terlibat. Majlis telah berakhir kira-kira pukul 8.45 pagi dengan diakhiri oleh sesi bergambar beramai-ramai. Semoga dengan penyampaian watikah perlantikan ini, murid-murid yang terlibat dapat menunjukkan disiplin diri yang tinggi sekaligus menjadi contoh kepada murid-murid yang lain. Tahniah dari kami seluruh warga SKNT!




Sunday, 12 February 2012

TEMU MURNI TAHUN 6, SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASSIN

TARIKH: 9. 2. 2012
TEMPAT: BILIK TAYANGAN DAN SURAU SKNT
MASA: 11 PAGI HINGGA 3.30 PETANG

 AJK pendaftaran mengambil tempat


 Buku program


 Pendaftaran bermula jam 11.00 pagi


Tekun mendengar taklimat daripada Kak na (Guru Besar)


 Sempat lagi berposing akak kita ni..





AJK jamuan..komitmen kalian tidak dapat diragukan lagi...mantooopp


 
Nak nasi...lapor dah ni..

 
 Solat zuhur kemudian diikuti dengan solat hajat





 Bacaan Surah Yassin dimulakan..





Ucapan terakhir sebelum majlis bersurai jam 3.30 petang