MAKLUMAN TERKINI

Sunday 12 February 2012

MAJLIS JASAMU DIKENANG

ketibaan yang diraikan ke SKNT

Selamat tinggal SKNT!
Mohon ampun dan maaf cikgu..

merahnya mak ngah!

Dia..kesayangan kami..

Jumpa lagi!
Tarian 'itik gembo-gembo' dari PPKI

Nyanyian  'Kenangan Terindah' pimpinan cikgu Roy
ikhlas dari SKNT
hadiah kenang-kenangan bersama wakil PPDB
women in pink!
Abang-abang macho SKNT
Hadiah Istimewa dari unit kokurikulum
Ikhlas tanda ingatan dari PPKI
Good bye..
Guru-guru SKNT
Selamat jalan cikgu!
Tn. Hj. Wan Ramli dan isteri
Rombongan pengantin tiba ke rumah Hj. Wan..hehe
Majlis Jasamu Dikenang telah selamat diadakan pada 6 Februari 2012 (Isnin) bagi meraikan persaraan Tn. Hj. Wan Ramli b. Wan Ibrahim (PK Kokurikulum SKNT). Majlis telah dimeriahkan oleh berbagai acara termasuklah persembahan tarian dari kelas PPKI, nyanyian koir murid-murid tahap 2 dan bacaan sajak oleh cikgu Ridzuan serta acara mengetik kad buat kali terakhir. Majlis kemudian dimeriahkan lagi dengan acara memotong kek sempena ulang-tahun kelahiran Tn. Hj. Wan Ramli yang ke-58. Semoga cikgu dipanjangkan umur serta diberkati dalam kehidupan dunia dan akhirat. Majlis diakhiri dengan rombongan menghantar Tuan Haji pulang ke rumahnya di Kg. tok Raja. Rombongan SKNT di sambut meriah dengan paluan kompang serta lauk-pauk yang enak. Terima kasih sekali lagi buat cikgu dari kami di SKNT. 

Cantik sungguh wajahmu tuan,
Ku renung-renung ku bawa lari,
Selamat Bersara duhai cikgu Wan,
Esok lusa berjumpa lagi..


Sampai bertemu lagi..selamat bersara dan terima kasih cikgu!

6 comments:

  1. selamat bersara cikgu wan..terima kasih and jumpa lagi..hehe

    ReplyDelete
  2. selamat bersara juga daripada cikgu wan mukh kepada Tn Hj Wwan Ramli....

    Tq Cikgu jaa..

    ReplyDelete
  3. Congrats to all SKNTians... !!!

    ReplyDelete
  4. Amboi-amboi, meriahnya rasa majlis ni. Tahniah pd admin SK Nyiur Tujuh. Drp Kak Zu-PT SK Nyiur Tujuh.

    ReplyDelete
  5. mekacih kakzu ~admin: wan mukh and assist by cikgu za

    ReplyDelete